Janji PKR dan PAS Petronas_dan_subsidi_minyak

Anwar Ibrahim mendakwa Menteri Kewangan sekarang gagal mengawal harga petrol berbanding ketika beliau menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun (1991-1998). Ketika itu harga minyak kekal RM1.10 selama lapan tahun dan tidak berubah demi menjaga kepentingan rakyat bawahan. Janji beliau jika pembangkang menang pilihan raya pada 8 Mac 2008, harga petroleum akan diturunkan serta-merta pada 9 Mac 2008. Keuntungan Petronas akan digunakan untuk menurunkan harga minyak di Malaysia. Kerajaan Berkebajikan menjadi tema parti pembangkang.

PAS mahu menurunkan harga petrol 30 sen seliter. Rancangan PAS ini akan mengakibatkan tanggungan sebanyak RM5.4 bilion, penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara tertunggak (RM17.2 bilion) dan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi awam (RM19 bilion). [8]Parti Keadilan Rakyat mahu melaksanakan gaji minimum RM1,500 sebulan. Jika dilaksanakan, tanggungan kerajaan akan meningkat kepada RM34.8 bilion. Syarikat kecil akan gulung tikar dan syarikat swasta yang terpaksa patuh dengan arahan ini akhirnya mereka akan memindahkan pelaburan ke negara lain.